Masukkan Emel Jika Anda Benci Media Penipu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Verification Email

Emel pengesahan akan dihantarkan ke emel anda selepas anda memasukkan nama di atas. Sila klik link pengesahan tersebut untuk mengaktifkan emel anda.

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Sunday, March 30, 2008

Keputusan PRU-12 bukti rakyat tolak laporan berat sebelah media arus perdana

aKeputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat telah menolak kerajaan BN dan ia sekaligus membuktikan kegagalan media arus perdana memberi laporan yang seimbang kepada semua pihak yang bertanding.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Eksekutif Centre For Independent Journalisme (CIJ) V Gayathry dalam sidang media di pejabatnya dekat Jalan Pahang semalam.

Menurut beliau, keputusan pilihan raya itu adalah satu indikasi yang kuat menunjukan kegagalan media untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'.

Kegagalan tersebut dibuktikan berdasarkan kajian yang dijalankan CIJ sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya lalu menunjukkan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan liputan pro-BN sehingga mencecah 93 peratus.

Katanya, secara keseluruhan enam akhbar yang dipantaunya semuanya akhbar arus perdana yang telah memihak kepada BN.

"Begitu juga kita lihat akhbar-akhbar Tamil turut menyebelahi BN tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai banyak berita dan ruang yang besar untuk pembangkang misalnya analisis tentang kekuatan pembangkang,"katanya.

Tambahnya, akhbar berbahasa Inggeris seperti NST dan The Star adalah tertinggi menyiarkan banyak isu yang memberi kelebihan kepada BN.

"Semua news yang disiarkan adalah pro kepada BN cuma ada satu sahaja berita Anwar Ibrahim tetapi di sekelilingnya ada berita yang mengutuk Anwar semula," katanya.

Sementara itu, Gayathry turut mencadangkan kepada lima negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang menegaskan pendirian mereka untuk menggunakan saluran RTM negeri bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan rakyatnya.

Tegasnya, perubahan politik pada hari ini memberi peluang misalnya kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang boleh membuat tuntutan termasuk perundangan untuk menggalakkan membuat akhbar mereka sendiri sama ada akhbar negeri.

"Kita sedang mengkaji bagaimana Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPA) di diabaikan oleh pihak kerajaan negeri. Bolehkah kita dapatkan individu untuk memulakan akhbar tanpa dapat apa-apa lesen sebagai mana akhbar lain yang perlukan," katanya.

Justeru, tidak cukup jika Lim Guang Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diletak muka hadapan akhbar arus perdana, apa yang penting bagaimana media sekarang harus melaporkan apa sebenarnya yang berlaku, katanya.

Salmiyah Harun

Saturday, March 29, 2008

Nak muntah!

Malas nak buat posting panjang2 kali ni.
Just nak bagitau, aku dah nak muntah dengan berita TV3!
Uweeeeeekkkkk!!!!

PAS sokong cadangan lima negeri boikot Utusan, TV3

(Harakah) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Bahkan katanya, cadangan itu perlu dibuat secara serius kerana laporan-laporan media tersebut terlalu teruk.

Dakwanya, laporan media yang berat sebelah dan tidak memberi laporan yang tepat mempunyai agenda yang jahat untuk menimbulkan kekacauan kepada kerajaan-kerajaan negeri barisan pembangkang adalah untuk menimbul kekacauan di kalangan rakyat.

"Saya tahu media negara kita tidak berperanan sebagai media untuk memberi laporan yang betul dan tepat seterusnya mendidik masyarakat dalam negara kita.

"Sebaliknya mereka memberi laporan-laporan yang dimanipulasi untuk mencetuskan suasana yang tidak harmoni di kalangan kehidupan rakyat di negara kita khususnya negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang," katanya yang dihubungi Harakahdaily semalam.

Justeru itu, katanya, pertimbangan itu wajar kerana dalam suasana sekarang pemboikotan akan berhasil dan berjaya jika betul-betul dilaksanakan.

Dalam blog Anwar baru-baru ini, beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihan raya umum belum selesai

Malah katanya, media milik Umno terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.

Kata Anwar, mereka meniupkan sentimen kaum dan mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihan raya dan krisis Terengganu.

"Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," Anwar dipetik.

Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mereka harus menentukan media mana yang sepatutnya perlu diboikot.

Oleh itu katanya perlu ada perbincangan di kalangan parti pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau menegaskan di belakang Barisan Alternatif (BA) mempunyai 49 peratus pengundi yang mengundi pembangkang di seluruh negara.

"Jadi mereka jangan anggap kita seperti dulu. Jika kita menggerakkan usaha ini saya percaya kesan buruk akan dihadapi oleh pihak media dan saya memberi amaran jangan sampai ke peringkat kami bertindak," tegasnya.

Oleh sebeb itu katanya, mereka masih ada ruang dan masa untuk memohon maaf di atas laporan pembohongan media berkenaan dan sebagai media yang beretika mereka perlu berbuat demikian.

Sementara itu, Pengurus Koporat Fomca, Mohd Yusuf Rahman berpandangan BA serta penyokong-penyokongnya mempunyai hak untuk memboikot media berkenaan berdasarkan siaran dan laporan yang dibuat akhbar Utusan Malaysia dan TV3 tidak memihak kepada mereka.

Cuma katanya, jika dilakukan pengguna biasa agak sukar sikit.

Ini kerana katanya, maklumat yang dikeluarkan sama ada TV3 atau Utusan Malaysia banyak yang perlu diketahui para pengguna.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui di Pejabat Iklan Harakah, dekat sini, hari ini berkata, BA tidak perlu memberi sebarang amaran.

"Saya rasa kalau mereka merasakan bahawa TV3 dan Utusan memang berat sebelah mereka boleh terus memboikot,"katanya.

Tambahan pula katanya, BA sudah lama menghadapinya.

"Sekarang ini mereka boleh mengambil dua pendekatan iaitu pendekatan yang agak radikal di mana tanpa memberi amaran untuk terus boikot dan langkah kedua di segi diplomasi maksudnya memberi amaran dulu bagi tempoh tertentu.

"Umpamanya sekiranya gagal memberi laporan yang tak seimbang mereka boleh menjalankan kempen boikot,"jelasnya.

Katanya, ini kerana boikot boleh mendatangkan kesan besar contohnya sebagaimana dilaporkan Audit Bureau of Circulation (ABC) bahawa apabila berlaku sesuatu kes sesebuah media itu boleh jatuh.

Malah katanya, masyarakat hari ini boleh beralih kepada media alternatif termasuk melalui internet.

Namun katanya, adalah lebih baik BA memberi pilihan media lain dahulu kepada rakyat sebelum memboikot sesebuah media.

"Sebab apabila semua media terlibat pengguna tidak ada pilihan dan ini menyebabkan boikot itu gagal.

"Contoh tindakan Persatuan Pengguna memboikot ayam suatu ketika dulu, ia tidak berjaya kerana harga ikan pun mahal dan kita pun tidak ada alternatif lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap, pengamal media perlu seimbang sama sama ada versi kerajaan atau pembangkang.

"Masyarakat sekarang ingin satu perubahan dan mereka juga berharap bahawa liputan berita perlu seimbang. "Kita khuatir jika liputan tidak seimbang pengguna sendiri memboikotnya walaupun tanpa adanya kempen memboikot media," katanya lagi.

Pulaukan Utusan Malaysia dan TV3?

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan PRU belum selesai. Malah media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP. Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu.

Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

"Kerajaan BR timbang boikot Utusan, TV3" Anwar Ibrahim

(KLpos) KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa pakatan lima negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, parti, NGO dan orang ramai diajak untuk memulaukan dua media arus perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3.

Anwar dalam kenyataannya berkata, Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihanraya belum selesai.

"Media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.

"Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang ditemuinya mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," ujarnya.

Pada 29 November lalu, sebuah gabungan boikot media yang dikenali sebagai Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan bagi menggerakan kembali kempen boikot media perdana.

GASAK dipengerusikan oleh Pengarah Eksklutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.

Khalid dalam kenyataan sebelum ini berkata, GASAK akan mengemukakan tiga tuntutan minima kepada media yang terbabit kerana memberikan laporan yang seimbang, dengan mengetepikan pandangan dan melaporkan daripada dua dimensi iaitu pimpinan kerajaan serta pihak yang menganjurkan sesuatu perhimpunan atau apa-apa acara.

"Industri media hendaklah bebas dalam editorial dan tidak bersandarkan kepada tekanan daripada pemerintah atau pemilik syarikat tersebut. Ia tidak seharusnya dipengaruhi oleh sesiapa yang boleh memutuskan mengenai berita atau maklumat itu melainkan Jabatan Pengarang media itu sendiri," ujarnya dalam sidang media pelancaran kempen "Boikot Media Pembohong" dalam sidang media yang sama.

Monday, March 24, 2008

TV3 'Dajal Eletronik No.1 Negara'

a
Itulah gelaran yang patut diberi kepada TV3 pada masa ini. Mereka bertindak seperti 'dajal' yang suka mencari publisiti murahan untuk melaga-lagakan rakyat di negara ini.

Saya sempat menonton mengenai isu tiket percuma untuk perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perak malam ini. Pihak TV3 sengaja mencari isu murahan dengan menyatakan pemberian tiket percuma itu telah menyusahkan rakyat.

Rujuk: Buletin Utama(20:00)

Kita perlu faham dan rasional dalam perkara ini iaitu kapasiti stadium yang hanya boleh menampung 30 ribu sahaja, maka sudah tentu ia tidak dapat menampung ratusan ribu penonton.


Saya rasa penonton yang ada akal tidak menghadapi masalah. Pertama mereka perlu datang awal. Kedua jika tidak dapat tiket percuma mereka kena fahami kerana stadium Darul Aman hanya boleh memuat 30 ribu penonton sahaja.


Sebenarnya mereka datang beramai-ramai hanya untuk berseronok untuk menyambut kemenangan kerajaan BA baru-baru ini. Ini seperti mereka tunjukan dalam sambutan Maulidul Rasul di Stadium Sultan Abd Halim baru-baru ini. Hampir 100 ribu orang datang walhal stadium itu hanya boleh memuatkan berapa ribu sahaja.


Rakyat Negeri Kedah bijak dan cerdik. Lihatlah macam 'su-kj' ini? Cuma yang 'Bodoh Beruk' hanya TV3 sahaja. Lihatlah rakyat negeri mana yang mendapat 21A dalam SPM 2007 baru-baru ini? Dari Perlis ka...dari Johor ka...dari Pahang ka....dari Melaka dan Negeri Sembilan ka?


Kemudian 'Dajal eletronik'(TV3) ini juga cuba memutar belitkan mengenai isu kemungkinan Bina Darul Aman Bhd(BDB) akan kehilangan nilai kontrak di Qatar berjumlah RM500 juta?


Untuk pengetahuan rakyat Malaysia semua, pembatalan kontrak itu lebih baik daripada diteruskan kerana ia bukan memberi faedah kepada seluruh rakyat negeri tetapi hanya untuk kroni-kroni yang tertentu sahaja.


Cukuplah, berhentilah dan cubalah serik dengan kerja 'dajal' anda selama ini. TV3 juga adalah antara faktor yang menyumbang kekalahan teruk BN baru-baru ini.


Jadi bila lagi anda mahu insaf?


'Rakyat Jujur....Pemimpin Jujur....Kerajaan Jujur'



Saad Jaafar @ su-kj

24 Mac 2008
"

Wednesday, March 19, 2008

Media Perdana Terus Menipu

Inilah sebahagian dari cara wartawan hingusan akhbar arus perdana menulis dan membuat ulasan tentang senario politik tanahair. Sebagaimana biasa mereka menulis dengan menganggap pembaca adalah bodoh seumpama mereka.

UNTUK UMNO

UNTUK BA

1. Shahidan Kasim tidak menderhaka, dia cuma tidak puas hati dan tidak tahu majlis angkat sumpah (sedang majlis ini di ketahui oleh orang yang berada di luar Perlis)

1. Lim Kit Siang menderhaka walaupun baru sekadar mengatakan tidak akan hadir dan kemudiannya minta maaf (melalui blok dan mengadap sultan secara rasmi)

2. Orang Melayu di Pulau Pinang tidak diketepikan walaupun sedikit demi sedikit lari dari Pulau Pinang dan berpindah ke Kedah. Mereka lebih selesa tinggal di negeri lain.

2. DAP mengetepikan orang Melayu dan menyebabkan menjadi terpinggir di Pulau Pinang (sedangkan DAP baru nak mula bertugas memerintah Pulau Pinang, kesan peninggalan Gerakan pun belum dapat disemak)

3. DEB banyak membantu orang Melayu (maksudnya Melayu yang beberapa kerat yang mengaut khazanah Negara termasuk para Menteri dan EXCO UMNO – berselindung di sebalik “direct nego”)

3. DAP/BA nak hapuskan DEB (sedangkan yang dihapuskan ialah amalan kronisme yang menyebabkan seorang dua menjadi kaya raya sedangkan orang Melayu terus papa kedana)

4. Perlis dan Terengganu sedang berusaha untuk memilih Menteri Besar dan tidak menjadi sebarang masalah kepada negeri itu (sampai sekarang belum selesai)

4. Kerajaan Perak/Kedah/Selangor masih bergaduh soal melantik Menteri Besar (yang lambat sedikit hanya Perak tetapi berlaku dalam suasana penuh persefahaman)

5. EXCO yang dilantik BN semuanya mendapat persetujuan ramai

5. EXCO BA terus bergaduh soal pembahagian kerusi

6. Perlantikan Mashitah adalah sangat tepat, perletakan jawatan Radzi tidak menjejaskan UMNO, Rafidah meninggalkan kementerian dengan gembira. (Hakikatnya kalau Pak Lah lantik Mat Rempit jadi menteri pun orang UMNO akan kata “satu pilihan yang tepat”)

6. Perlantikan EXCO Selangor mendapat tentangan parti komponan lain.

7. Di bawah UMNO rakyat akan terbela (sebenarnya akan tertipu)

7. Di bawah BA rakyat akan sengsara (kalau sengsara rakyat Kelantan tak akan pilih PAS untuk penggal keempat)

8. Demonstrasi diperlukan untuk membela orang Melayu (maksudnya orang UMNO)

8. Demonstrasi adalah haram untuk pembangkang (walaupun nak selamatkan orang Melayu)


Banyak lagi contoh lain cara wartawan UMNO menulis yang membayangkan mereka adalah penulis upahan yang merasa hanya UMNO dapat menjaga periuk nasi mereka.

Tranungkite.net

Monday, March 17, 2008

Jangan sibuk-sibuk kacau Kelantan, Pulau Pinang dah nak Tumbang- Anwar Ibrahim

Hari ini TV3 meneruskan tugas biasanya, membodek dan mengampu. Maka diulang-ulang siarlah berita mengenai kerajaan baru Perak yang dikatakan mempunyai pakatan rapuh dan nampak retak menanti belah. Kemudian dipopularkan istilah 'Perhimpunan Aman' di Pulau Pinang untuk menggambarkan perhimpunan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kalangan penyokong-penyokong UMNO. Kenyataan ketua menteri Pulau Pinang yang baru dari DAP, Lim Guan Eng terus diputar belitkan dan disensasikan oleh mereka yang kononnya menentang perlaksanaan DEB di Pulau Pinang. TV3 terus menyiarkan berita-berita menghasut dan menakut-nakutkan penduduk Melayu tentang hak mereka yang dicabar dan dirampas. Mereka dalam diam cuba menanamkan ketakutan kepada orang melayu bahawa orang cina akan mengusai Malaysia jika diberikan peluang kepada pembangkang untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara. Sentimen perkauman terus mereka mainkan tanpa mengambil kira perasaan orang-orang cina dan India.

Hairan juga, sebelum-sebelum ni waktu nak pancing undi sering kita lihat pemimpin-peminpin BN berpelukan sesama mereka dan ketawa sesama sendiri kononnya amat mesra. Kemudian berucap mengatakan bahawa kita mahu mewujudkan negara bangsa. Ada seorang menteri tu kata negara bangsa dah wujud secara semulajadinya antara rakyat di negara ni. Sekali tengok isu perkauman seperti ini terus juga dimainkan di media-media.

TV3 terus mensensasikan cerita di Perak dan Penang untuk menutup cerita di Terengganu dan Perlis. TV3 nak tutup kemelut paling teruk dalam sejarah Malaysia yang berlaku di dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional apabila watikah yang diberikan PM kepada Shahidan Kassim untuk kekal menjadi Menteri Besar Perlis tidak diendahkan oleh Raja Perlis. Malahan Baginda telah melantik calon lain menjadi Menteri Besar baru negeri Perlis. Amat memalukan. Saya tak tahu samaada Paklah tahu tentang perkara tu selepas dihubungi sendiri oleh pihak istana Perlis ataupun sama juga seperti kita tahu melalui media. Kalaulah begitu, bermakna ada masalah besar yang berlaku antara Paklah dan pihak istana di sana. Kita tunggu dan saksikan bersama.

TV3 terus senyap dan malu-malu kucing untuk mendedahkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku di Terengganu sehingga perlantikan menteri besar belum dapat dilakukan. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Idris Jusoh? Dia dah tolong dah BN negeri tu menang dalam pilihanraya lepas dikala banyak negeri BN lain tumbang. Tetapi dengar-dengarnya dia takkan dilantik semula menjadi menteri besar Terengganu.

Belum lagi cerita pasal desakan-desakan agar Paklah meletak jawatan dari dalam dan luar Parti. Kalau dari luar parti, mungkin perkara biasa. Mereka dengan mudah menuding jari kepada pembangkang. Tapi bagaimana dengan desakan dari dalam parti sendiri? Dengarnya amat kuat desakan agar Paklah turun dari takhta supaya BN dapat diselamatkan. Dan bagaimana pula dengan banyak kain rentang yang dinaikkan di sekitar Kuala Lumpur bagi mendesak perletakan jawatan paklah? Siapa punya angkara kita tak tahu. Yang pasti desakan ini sudah cukup kuat untuk membuatkan seorang PM yang tahu malu mempertimbangkan perletakan jawatan. Walaubagaimanapun, saya secara peribadi berasa simpati kepada Perdana Menteri kita dalam situasi ini. Tapi apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur. Mungkin inilah akibatnya arrogance of power kerajaan beliau pada penggal pemerintahan yang lepas. Sikit-sikit nak tangkap orang, tembak orang, pancut air kimia, gas pemediah mata, marah sana, marah sini, rasuah sana, rasuah sini, ampu sana ampu sini, roboh sana roboh sini dan banyak lagi.

Kemudian mencabar rakyat untuk menentang di kertas undi. Sekarang rakyat sudah bersuara dan inilah akbibatnya. Laluilah masa-masa sukar ni dengan baik. Orang sedang memerhatikan perpecahan di dalam BN sendiri. Jadi jangan nak sibuk-sibuk porak porandakan pakatan Barisan Alternatif sdgkan pakatan anda sendiri sudah amat rapuh. Silap-silap haribulan, ada parti komponen anda yang menyeberang menyertai parti lawan. Teringat kata-kata DS Anwar Ibrahim suatu ketika sebelum pilihanraya umum ke-12 yang lepas kepada Paklah. DS Anwar bagi pesanan kat Paklah, "Jangan dok sibuk-sibuk nak kacau Kelantan, kamu sibuk-sibuk kat Kelantan, Pulau Pinang dah nak tumbang". Tepat sekali ramalan bekas timbalan perdana menteri tu. Hehe. Tapi tak pernah disiarkan di TV3 sebab kerja TV3 adalah untuk mengampu BN dan menyiarkan kenyataan seperti itu bukanlah tugas seorang pengampu.

-peNyair Arab
http://antitv3.blogspot.com/
17/03/08
Ke arah kualiti pemberitaan yang adil,
Anti Media Pengampu BN

Saturday, March 15, 2008

TV3 Jadi Medium Publisiti Murahan dan Saluran Berat Sebelah

Hakikat tv3 sebagai media pengampu kerajaan Barisan Nasional(BN) adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana rakyat Malaysia. Samada dari penyokong Barisan Rakyat(BR), golongan atas pagar mahupun penyokong BN sendiri semua tahu bahawa cara pemberitaan dan penyiaran TV3 amat berat sebelah dan tidak langsung menunjukkan sikap profesional mereka sebagai sebuah stesen tv swasta.

Setiap hari apabila menonton berita, ada sahaja 'keburukan' parti lawan BN yang mahu mereka dedahkan. Sampaikan perkara kecil yang kita tidak pernah fikirkan sebagai suatu masalah pun mereka akan besar-besarkan untuk memberi imej negatif kepada parti lawan Barisan Nasional. Dan pada masa yang sama, stesen tv pengampu terkenal ini akan cuba sedaya upaya mereka untuk menutup kelemahan dan keburukan yang berlaku di dalam parti BN yang mereka bodek itu. Walaupun bau busuk itu sudah terlalu kuat, namun mereka akan sedaya upaya mereka mencuba untuk menipu rakyat. Itulah rendahnya kualiti pemberitaan yang dimiliki oleh stesen TV3.

Malang sekali kepada rakyat, tidak banyak pilihan lain sebagai sumber berita mereka kerana corak pemberitaan stesen tv lain pun tak jauh bezanya. Terutama stesen tv RTM. Ada yang mengaku sebagai penyalur maklumat yang tepat walhal semua penonton dah naik muak dan nak muntah menonton setiap propaganda murahan yang mereka tayangkan samada ketika berita ataupun diselang selikan antara rancangan yang ditayangkan.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila menjelang musim pilihanraya. Semua parti lawan BN akan dihentam dari pelbagai sudut dan penjuru oleh stesen TV3 pengampu ini tanpa diberikan peluang untuk menjawab setiap tohmahan yang dilontarkan. Setiap kali satu-satu isu diulas, BN sahajalah yang baik dan parti lawan dikatakan kononnya penuh dengan kelemahan dan teruk. Tapi yang peliknya, tak pulak kita dapat melihat Tuan Guru Nik Aziz diberikan peluang untuk bersuara menjawab. Jauh sekali untuk mendengar ulasan dan hujah daripada Dato Seri Anwar Ibrahim bagi fitnah yang mereka canangkan. Yang kita lihat hanyalah beberapa kerat muka Prof. pro mereka dan pak menteri yang dah naik muak kita lihat wajah mereka setiap malam di kaca tv. Lebih menarik lagi apabila seorang menantu tu amat berkuasa dan mendapat publisiti yang banyak dari stesen TV3 pengampu BN ni. Walhal menantu orang tadi tidak ada pangkat sebagai menteri. Yang ada hanyalah sijil nikah dan beberapa pangkat hasil kemenangan tanpa bertanding yang suatu ketika dulunya pernah menerima sorakan 'Boo' dari para pengikut mereka sendiri.

Begitulah 'istimewa'nya demokrasi di Malaysia ini. Suara parti-parti yang mewakili rakyat(BR) seolah-olah dikunci dan tangan mereka terikat. Namun diajak juga untuk bertarung. Kononnya bertarung sebagai anak jantan. Sekali cabaran mereka disahut, rupanya mereka yang tewas dan tersembam di bumi.

TV3, propaganda murahan anda kepada Barisan Nasional setiap malam sebenarnya tidak lagi meninggalkan kesan seperti suatu ketika dulu. Kalau dulu, orang makin kagum dengan Barisan Nasional setiap kali stesen TV3 pengampu anda melancarkan perang saraf tetapi kini jauh berbeza kesannya. Kini, orang jadi muak dan nak muntah. Tidak kurang yang memberikan undi protes pada pilihanraya lepas sebab simpati kepada parti lawan dan disebabkan fenomena bosan kepada pemberitaan stesen-stesen tv pengampu seperti anda.

Yang jelas, rakyat bukan lagi sebodoh dahulu.

-peNyair Arab
http://antitv3.blogspot.com/
16/03/08
Ke arah kualiti pemberitaan yang adil,
Anti Media Pengampu BN