Masukkan Emel Jika Anda Benci Media Penipu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Verification Email

Emel pengesahan akan dihantarkan ke emel anda selepas anda memasukkan nama di atas. Sila klik link pengesahan tersebut untuk mengaktifkan emel anda.

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Friday, April 25, 2008

Assignment Baru TV3- Kisah Penghadang Konkrit

Bersungguh-sungguh je tv3 siarkan berita pasal perobohan penghadang konkrit kat selangor tadi. Kerajaan negeri dah nafi dah dan kata perbuatan tu bukan dilakukan atas arahan mereka.

Tapi apa yang tv3 buat ialah mereka cuba seboleh-bolehnya untuk 'guide' penonton berfikir bahawa perbuatan meroboh konkrit tu adalah sebenarnya atas arahan kerajaan negeri yang ditunjangi PKR. Bukan main lagi mereka fokus kamera dekat bendera-bendera PKR, PAS dan DAP tu tepi-tepi jalan tu. Ada agenda lagi nampaknya.

Corak pemberitaan tv3 ni memang macamtu. Kalau benda tu boleh digunakan untuk hentam pembangkang, berita tu akan pura-pura bersikap adil dengan menyiarkan jawapan dari kedua belah pihak. Tapi ulasan dari pembaca-pembaca berita yang kita dah makin menyampah tengok tu senyap-senyap nak suruh penonton berfikir bahawa memang betul pembangkang salah. Padahal benda tu belum terbukti lagi pun. Lepas ni nanti adalah puak-puak samdol yang akan guna isu ni. Isu baru katakan. Isu babi pun tak habis lagi. BN, jadi pembangkang best kan dengan adanya tv3?

Tapi kalau yang buat salah dari pihak BN, jangankan nak dapat ulasan macam yang pembangkang tadi malahan nak masuk tv pun susah. Itulah 'best' nya jadi pembangkang negeri yang sebenarnya kerajaan pada peringkat pusat. Kerajaan yang ada tv. Nasib baik penonton tv sekarang ni pun sebahagian besarnya pengguna internet seperti saya dan anda.

Cara berfikir pengguna internet jauh lebih moden dan adil sebab biasa terdedah kepada berita dari pelbagai sumber. Mari kita keluarkan otak kita dari kerangka pemikiran yang ditaja oleh tv3.

Kerana itu memang tugas mereka.

http://antitv3.blogspot.com/


(Dengan besar hatinya sy membenarkan artikel-artikel dari blog ini disebarkan sekiranya anda pun merupakan anti media kaki pengampu seperti saya. Tolong sertakan link ke antitv3.blogspot.com bersama ye)

Monday, April 21, 2008

Utusan Meloya dan Berita Hairan- Kuburkan Segera Mereka

Jika kita baca Malaysiakini hari ini dan semalam, ada artikel yang menyebutkan bahawa KDM telah melonggarkan syarat untuk permit akhbar. Dan yang paling menarik, lidah rasmi Parti KeADILan Rakyat(PKR) kononnya akan diberikan permit.

Perkembangan ini amat menarik untuk diikuti. Adakah ini bermakna penguasaan media oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan terutamanya terhadap kaum melayu selama ini akan terkubur terus? Jika selama ini kita setiap hari dimualkan dengan berita berunsur bodek-bodekan dan lambung-lambungan dua akhbar ini, nampaknya sekarang bolehlah kita menarik nafas sedikit sebab sudah ada alternatif kepada dua akhbar ini.

Cukuplah sudah loya anak tekak kita selama ini. Janganlah lagi mahu membuang RM 2 hanya kerana ingin membaca perkembangan semasa tetapi sebenarnya terbaca berita-berita loya je.

Kita mengharapkan agar permit tu adalah permit penuh. Permit seperti yang dimiliki oleh akhbar perdana yang lain. Bukannya yang disekat dan dihadkan naskah nya. Dan bukan yang boleh diedarkan hanya 2 minggu sekali.

Hari ini susulan daripada berita semalam di Malaysiakini,

Usaha membuka ruang lebih luas kebebasan akhbar tidak akan membawa erti jika kerajaan masih lagi mengekalkan akta-akta yang menghalangnya seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC), kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Kelulusan permit penerbitan Suara Keadilan dan janji kerajaan untuk menghormati kebebasan akhbar tidak bermakna apa-apa selagi undang-undang yang menyekatnya, khususnya APMC masih lagi dikekalkan," kata penyelarasnya John Liu, mengulas kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam.

Dalam wawancaranya dengan akhbar The Sunday Star semalam, Syed Hamid Albar bercadang melonggarkan syarat-syarat permit penerbitan akhbar yang kini wajib diperbaharui setiap tahun.

Dengan cadangan baru itu, penerbit akhbar hanya perlu memohon lesen sekali sahaja dan permit yang diberikan bawah APMC tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti amalan kini.

Syed Hamid berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet tidak lama lagi.


Sebelum ni Lidah rasmi KeADILan mula diterbitkan sejak Jun 2005 dengan dua minggu sekali.

Permohonan permit telah pun dikemukakan kepada KDN ketika itu namun tidak mendapat sebarang jawapan selama tiga tahun.

Berpuluh-puluh surat pertanyaan telah dihantar ke KDN dan satu memorandum telah diserahkan kepada Suhakam, namun masih terdapat ramai pengedar diintimidasi dan beribu-ribu nashkah Suara Keadilan dirampas oleh KDN kerana status permit yang tidak jelas selama ini...

Kalau akhbar untuk Pakatan rakyat kita dah dapat, jangan lupa untuk pohon pula permit untuk stesen TV sendiri untuk Pakatan Rakyat. Sebab rakyat dah bosan sangat dengan berita putar alam dan mengampu. Baik dicepatkan tv alternatifnya.



Saturday, April 19, 2008

Yang Mana satu- Keris man ke atau Kera man?

Baru semalam kita baca berita Malaysiakini yang melaporkan bahawa Kera man mengaku bahawa keris merupakan salah satu faktor kekalahan BN dalam pilihanraya lepas. Hari ini, Keris man menyangkal laporan itu di dalam utusan meloya. Jadi apa yang patut kita tanya, antara Malaysiakini atau Utusan Meloya, atau antara keris man or kera man?

Bukan niat nak jadi kurang sopan memberikan panggilan-panggilan kerisman dan keraman kepada dua pemimpin ni. Tapi pembaca lebih senang faham kalau guna istilah itu di sini, jadi nak buat macammana? Pembaca lebih senang nak ingat peristiwa menghunus keris apabila dipanggil dengan gelaran 'kerisman'. Pembaca lebih dengan dialog ni "Jangan jadi beruk2 di jalan raya" ingat apabila disebut 'keraman'.

Kata Dato Seri Hishammuddin,

''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya.

Setiap masa bersama?

Kata Utusan,

"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai kenyataan Khairy dalam laman web tersebut yang dipetik sebagai berkata, isu keris menjadi salah satu daripada beberapa punca sokongan terhadap BN merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utamanya.

Khairy dilaporkan oleh laman web tersebut memberikan komen itu ketika ditemui pemberita pada Program Permukiman Ahli-Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas perkara tersebut, Hishammuddin menegaskan, keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman."

Oooo begitu. Rupanya maksud Hishammuddin, khairy sentiasa ada bersama dia waktu tu. Mungkin maksudnya setiap saat dan detik. Jadi mungkin setiap patah kata dari khairy akan dia tahu. Semua akan dia dengar. Dan kalau khairy nak kencing pun mereka pergi tandas bersama-sama.

Jadi kita tunggu apa cerita sebenarnya. Adakah Malaysiakini yang tipu, atau KerisMan?
Atau adakah cuma utusan yang mengampu dan akankah keraMan menafikan laporan Malaysiakini tu? Orang lain dah nafikan. Tuan punya badan bila lagi??

TV3 Terus Beraksi- Kini Jadi hero Melayu

TV3 terus beraksi lagi. Kalau sebelum pilihanraya dahulu mereka menjadi jaguh madium kempen Barisan nasional yang akhirnya membawa kekalahan kepada BN, kini mereka kononnya menjadi medium penyatuan kaum melayu. Nampaknya TV3 akan termaktub di dalam sejarah sebagai satu media yang berjuang bersungguh2 untuk membela nasib kaum Melayu.

Hakikatnya, sungguhkah begitu? Benarkah mereka begitu prihatin kepada nasib melayu? Benarkah mereka begitu bimbang dengan hala tuju orang melayu di Malaysia ni? Saya pasti semua pun tahu bahawa jawapannya 'tidak'. Kalau mereka benar-benar bersungguh nak bela nasib melayu, sepatutnya mereka akan dedahkan segala kecurangan yang dilakukan oleh para pemimpin. Keran kecurangan2 inilah yang akan membinasakan nasib melayu. Kecurian2 inilah yang membuatkan orang melayu kekal hidup dalam kemiskinan.

Tapi itu tidak berlaku. Mereka hanya menjadi pak turut dan kaki bodek pemerintah. Pabila musim pilihanraya, mereka jadi tukang kempen. Bila ada akta baru atau undang2 baru diperkenalkan, mereka jadi kaki puji. Mereka jadi kaki bodek. Mereka jadi kaki ampu. Bila ada UMNO kalah pilihanraya, mereka jadi pelakon kononnya umno, pas dan pkr harus duduk semeja untuk berunding. Sedangkan, bila Pakatan Rakyat baru nak memerintah, mereka membuat onar dan menyebar banyak berita yang karut marut dan bertujuan jahat nak menjatuhkan kerajaan baru.

TV3, cara anda bekerja ini bukannya membantu negara dan rakyat tapi anda hanya membantu Barisan nasional. Kepada para pembaca berita, kami dah naik malu tengok muka anda yang tersenyum2 setiap kali menceritakan kebaikan2 para pemimpin BN. Kemudian seminit kemudian anda mengutuk dan mengeji pemimpin pembangkang. Memalukan.

Tak sabar nak tengok apa akan jadi kepada tv3 selepas kerajaan pusat bertukar tangan nanti. Adakah masih kekal orang yang sama, ataupun diganti dengan orang yang baru.

http://Antitv3.blogspot.com

Wednesday, April 2, 2008

Mufti Perlis tegur TV3

Bashir Ishak
Wed | Apr 02, 08 | 10:55:56 am MYT


KANGAR, 2 April (Hrkh) - Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran mutakhir ini, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru media sama ada TV, internet atau akhbar supaya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, beliau mahu berita yang disampaikan itu benar walaupun mengenai pihak yang berbeza aliran.

"Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," katanya dalam surat yang dihantar kepada stesen televisyen swasta, TV3.

Menurutnya lagi, Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara.

"Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka.

"Firman Allah (maksudnya), Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan," jelasnya memetik Surah al-Maidah ayat 8.

Selain itu katanya lagi, rakyat yang matang akan membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih.

"Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.

"Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum," katanya lagi.

Kenyataan rasmi beliau yang bertarikh 27 Mac 2008 itu bertajuk "Keperluan Berita Yang Sahih Lagi Bersih Dari Sebarang Provokasi" dialamatkan kepada Penerbit Buletin Utama TV3. - mns