Masukkan Emel Jika Anda Benci Media Penipu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Verification Email

Emel pengesahan akan dihantarkan ke emel anda selepas anda memasukkan nama di atas. Sila klik link pengesahan tersebut untuk mengaktifkan emel anda.

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku
Showing posts with label TV3 Bodoh. Show all posts
Showing posts with label TV3 Bodoh. Show all posts

Tuesday, February 17, 2009

Cuba teka, siapakah saya?


Ada seekor katak yg terkenal. Dia amat handal melompat dan amat pandai berkata-kata. Jika dia berkata-kata di hadapan hadirin, semua akan terpesona mendengar kata-katanya yang bersemangat dan berbunga-bunga.

Dahulunya, katak ini tinggal di sebuah kampung yang besar. Kampung itu mempunyai penduduk yang paling ramai di daerah tersebut. Ketua kampung itu sudah lama berkuasa. Dialah yang paling digeruni. Akibat daya kepimpinannya yang tinggi, tiada yang berani menentangnya melainkan pemimpin daripada kampung-kampung lain. Namun, kampung itu masih tetap bertahan dan kuat.

Apatah lagi ketua kampung itu mempunyai seorang timbalan yang amat juga kuat daya kepimpinannya. Semua orang kagum kepadanya. Bila dia berbicara, semua terpesona. Antara semua orang, katak tadi adalah salah seorang daripadanya. Katak itu amat gembira apabila dipilih menjadi pembantu dan orang rapat kepada timbalan ketua kampung tadi.

Bertahun-tahun si katak itu menjadi pembantu yang setia kepada ketuanya iaitu timbalan ketua kampung tersebut. Banyak yang dipelajari daripada ketuanya. Bahkan gaya berbicara pun ditiru daripada ketua yang disanjunginya itu. Baginya, ketuanya itulah gurunya dan dia akan mempertahankannya.

Entah apalah malangnya, tatkala kampung mereka sedang bersama-sama menikmati keamanan dan kemakmuran, tiba-tiba sang ketua kampung mengamuk. Timbalannya dipecat dan para pembantunya dibuang kampung. Timbalan ketua kampung tersebut ternyata bukan calang-calang tokoh. Dalam masa yang singkat, ratusan ribu penduduk berkumpul menyatakan sokongan. Si ketua kampung digesa turun dari jawatan.

Dengar-dengarnya, ketua kampung itu takutkan pengaruh timbalannya yang semakin kuat. Itulah sebabnya dia terpaksa memecatnya. Apa lagi, huru-hara jadinya kampung tersebut dan kampung-kampung sekeliling pun turut serta. Mereka memberikan sokongan kepada timbalan yang dipecat tadi kerana mereka sedar bahawa timbalan tersebut baik wataknya. Mereka yakin dia hanyalah mangsa.

Pada ketika inilah si katak yang baru setahun jagung tadi berjuang mempertahankan ketuanya. Dia tidak mengenal letih dan jemu ke sana ke mari mengumpul dan menggerakkan tenaga untuk menumbangkan ketua kampung yang kejam itu.

Tanpa disangka-sangka, si ketua kampung telah bertindak nekad. Bekas timbalannya ditangkap dan dihumban masuk ke dalam penjara. Merengkoklah bekas timbalannya di situ diseksa dan dizalimi bertahun-tahun lamanya....

Setelah pemerintahan si ketua kampung berakhir, bekas timbalan ketua kampung tersebut bebas kerana mahkamah kampung tersebut tidak lagi terpaksa membuat keputusan atas tekanan ketua kampung tadi. Kini, bekas timbalan itu keluar sebagai hero.

Si katak tadi sangat gembira. Dia seperti biasa terus menyokong bosnya itu. Mereka bergerak daripada kampung sebelah. Mereka juga bersama-sama membuka kampung baru yang rapat dan baik dengan kampung-kampung musuh kepada kampung lama mereka.

Bertahun mereka berusaha bersama-sama. Entah sekali lagi apakah puncanya, si katak itu telah merajuk dan keluar daripada kampung tersebut. Dia berkelana ke dalam hutan dan membawa bersama beberapa pengikutnya dalam jumlah yang kecil. Dia kemudiannya menyepi seketika.

Suatu hari, ketika para penduduk kampung baru tersebut sedang menonton tv, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat wajah si katak tadi berdiri sambil senyum-senyum sumbing bersama-sama dengan ketua dan timbalan ketua kampung lama mereka. Rupa-rupanya si katak ini secara senyap-senyap telah memohon untuk kembali ke situ semula. Entah apakah sebabnya...mungkin sebab katak ini mempunyai kegemaran untuk melompat. Semua penduduk hairan dan bertanya, habis tu bagaimana dengan segala tohmahan dan tuduhan katak tadi terhadap pemimpin2 kampung lama tu? Dah lupa ke? Tapi katak tu tak peduli. Mungkin juga dah buat-buat lupa.

Kini, hari ini...katak itu tidak lagi mendapat liputan oleh media. Ada juga dia muncul beberapa kali pada setiap malam di kaca tv. Tapi tu pun hanya apabila khidmatnya mahu digunakan. Yalah, khidmatnya yang paling utama adalah pada ketika mereka perlu memilih wakil rakyat baru ke parlimen ataupun DUN. Pada waktu itu, dia akan menebalkan muka dan muncul di kaca tv untuk melondehkan segala rahsia bos lamanya. Apa sahaja yang dia tahu, dia akan gunakan. Hakikatnya, dia pun sedang dipergunakan.

Katak ini gemar bersumpah dan mencabar. Umpama dah jadi 'trademark' beliau. Kini si katak ini tidak mendapat sebarang publisiti.

Tapi jangan bimbang, dalam 2 ataupun 3 pilihanraya dalam masa terdekat ini...dia akan kembali lagi! Nantikan kehadirannya di kaca TV anda. Tiket percuma!

Mari kita tunggu, apakah agaknya rahsia yang mahu dibongkar lagi oleh sang katak ini pada kali ini. Season terbaru ini mungkin lebih mensaspenkan dan menghiburkan. Katak datang lagi!



http://antitv3.blogspot.com

Thursday, February 12, 2009

Kata TV3, Anwar Ibrahim adalah Mastermind. Hebatnya Anwar...

DS Anwar Ibrahim dan Izzah. Kata TV3 suku, inilah kononnya mastermind di sebalik kekacauan di Perak sekarang. Eh eh, bkn Najib ke?


Seperti yg dijangka, TV3 suku terus menjadi semakin suku. Sekarang ni pembaca berita tv3 suku sedang putarkan balik rakaman video sidang akhbar Karpal Singh yang suruh Anwar letak jawatan sbg Ketua Pembangkang tu. Tv3 suku terus bawa penonton imbas balik yg sbnrnya budaya rusuhan ataupun demonstrasi ni mula pada era 1970-an dan dipelopori oleh pemimpin pelajar waktu tu, sdr Anwar Ibrahim.

Lepas tu budaya tu berulang lagi waktu tahun 1998 selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim pada waktu tu jg. Rakyat di seluruh pelusuk negara berdemonstrasi. Paling besar demonstrasi di dataran merdeka. Yang menggerakkan demonstrasi tu ialah DS Anwar Ibrahim sendiri.

Sekarang ni dalam isu di Perak, rakyat bangun memberontak. Berkumpul selepas solat Jumaat dan berarak di jalan dan membuat demonstrasi kerana marah dengan kerajaan BN dan tindakan Sultan yang bertindak di luar bidang kuasa.

Lepas tu ada macam-macam lagi 'huru-hara' yang terus berlaku di Perak. Apa yang menariknya, semua penganalisis bengong yang ditemuramah semuanya membayangkan ada mastermind kat belakang semua huru hara ni. Dengan kata lain, semua rakyat negara sini ni hanya akan bergerak menentang kerajaan hanya apabila ada campur tangan seseorang ni.

Sapa mastermind tu? Dengan yakin tv3 dan penganalisis tu menyatakan Anwar Ibrahim di belakang semua ni. DAP dan Karpal Singh pun kononnya turut dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Fuhh...hebatnya Anwar!

Tv3 adalah stesen tv paling 3 suku di rantau ni. Itu kenyataannya. Setuju atau tidak, terpulanglah.




http://antitv3.blogspot.com

Najib dan Sarawak, erm...dah dekat ke?


Ketua Menteri Sarawak yg dah berkuasa hampir 3 dekad


Kawasan Parlimen di Sarawak

10 Mac ni Menteri Kewangan kita, Datuk Seri Najib akan bentangkan bajet mini di dewan rakyat. Nampak memang normal sebab sekarang ni pun tengah krisis ekonomi. US pn buat benda yang sama. Cuma ada speselnya bajet mini kita ni.

Bajet ni juga akan memperuntukkan khas untuk Sarawak yang terjejas teruk sebab banjir baru-baru ni. Soal tu saya setuju dong. Memang wajib kerajaan tolong rakyat yang kesusahan.

---------------------------------------------------------------------------

"Kerajaan persekutuan akan menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh banjir baru-baru ini. Kita telah menyatakan komitmen. Bagi mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir akan menerima RM300 manakala mereka yang tidak tinggal di pusat pemindahan dan tinggal di rumah saudara mara juga akan menerima RM300.

"Kita akan mengagihkan dana berkenaan sebaik sahaja senarai penerima disediakan kepada kita. Bagi para petani, yang hasil tanaman mereka musnah oleh banjir juga akan menerima bantuan. Kadar berkenaan akan diputuskan oleh kerajaan negeri," kata Najib kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional Sarawak (BN) di sini hari ini.

---------------------------------------------------------------------------

Cuma sama-samalah kita tengok lepas ni kat TV3 tentang Sarawak. Krew2 tv3 akan mula masuk ke sarawak. Ambil gambar pembangunan sana-sini, ambil gambar kampung2 yg maju dan temuramah pakcik dan makcik kampung2 sana yang semuanya 'gembira & sokong' sangat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Pembaca berita tv3 tu akan senyum2 kambing waktu diorang baca berita tu menandakan yang diorg tengah baca berita yang menarik dan menghiburkan hati diorang. Konon nak tinggalkan kesan psikologi yang baik tapi lebih kepada menyakitkan hati. Kan bagus buat macam pembaca berita Astro Awani tu je. Buat rilek je. Nampak lebih profesional. Taklah nampak macam kerang busuk macam kaki-kaki ampu tu.

Apapun, ni adalah episod permulaan. Akan datang akan berlambak-lambak lagi kisah pasal Sarawak. Pasal Sabah? Alah...lupakan dulu, sebab diorang pun baru je pilihanraya negeri hari tu. Sarawak kan nak pilihanraya negeri dalam masa terdekat?

Sebagai rakyat, terima kasih pak Najib kerana prihatin.


Friday, April 25, 2008

Assignment Baru TV3- Kisah Penghadang Konkrit

Bersungguh-sungguh je tv3 siarkan berita pasal perobohan penghadang konkrit kat selangor tadi. Kerajaan negeri dah nafi dah dan kata perbuatan tu bukan dilakukan atas arahan mereka.

Tapi apa yang tv3 buat ialah mereka cuba seboleh-bolehnya untuk 'guide' penonton berfikir bahawa perbuatan meroboh konkrit tu adalah sebenarnya atas arahan kerajaan negeri yang ditunjangi PKR. Bukan main lagi mereka fokus kamera dekat bendera-bendera PKR, PAS dan DAP tu tepi-tepi jalan tu. Ada agenda lagi nampaknya.

Corak pemberitaan tv3 ni memang macamtu. Kalau benda tu boleh digunakan untuk hentam pembangkang, berita tu akan pura-pura bersikap adil dengan menyiarkan jawapan dari kedua belah pihak. Tapi ulasan dari pembaca-pembaca berita yang kita dah makin menyampah tengok tu senyap-senyap nak suruh penonton berfikir bahawa memang betul pembangkang salah. Padahal benda tu belum terbukti lagi pun. Lepas ni nanti adalah puak-puak samdol yang akan guna isu ni. Isu baru katakan. Isu babi pun tak habis lagi. BN, jadi pembangkang best kan dengan adanya tv3?

Tapi kalau yang buat salah dari pihak BN, jangankan nak dapat ulasan macam yang pembangkang tadi malahan nak masuk tv pun susah. Itulah 'best' nya jadi pembangkang negeri yang sebenarnya kerajaan pada peringkat pusat. Kerajaan yang ada tv. Nasib baik penonton tv sekarang ni pun sebahagian besarnya pengguna internet seperti saya dan anda.

Cara berfikir pengguna internet jauh lebih moden dan adil sebab biasa terdedah kepada berita dari pelbagai sumber. Mari kita keluarkan otak kita dari kerangka pemikiran yang ditaja oleh tv3.

Kerana itu memang tugas mereka.

http://antitv3.blogspot.com/


(Dengan besar hatinya sy membenarkan artikel-artikel dari blog ini disebarkan sekiranya anda pun merupakan anti media kaki pengampu seperti saya. Tolong sertakan link ke antitv3.blogspot.com bersama ye)

Monday, April 21, 2008

Utusan Meloya dan Berita Hairan- Kuburkan Segera Mereka

Jika kita baca Malaysiakini hari ini dan semalam, ada artikel yang menyebutkan bahawa KDM telah melonggarkan syarat untuk permit akhbar. Dan yang paling menarik, lidah rasmi Parti KeADILan Rakyat(PKR) kononnya akan diberikan permit.

Perkembangan ini amat menarik untuk diikuti. Adakah ini bermakna penguasaan media oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan terutamanya terhadap kaum melayu selama ini akan terkubur terus? Jika selama ini kita setiap hari dimualkan dengan berita berunsur bodek-bodekan dan lambung-lambungan dua akhbar ini, nampaknya sekarang bolehlah kita menarik nafas sedikit sebab sudah ada alternatif kepada dua akhbar ini.

Cukuplah sudah loya anak tekak kita selama ini. Janganlah lagi mahu membuang RM 2 hanya kerana ingin membaca perkembangan semasa tetapi sebenarnya terbaca berita-berita loya je.

Kita mengharapkan agar permit tu adalah permit penuh. Permit seperti yang dimiliki oleh akhbar perdana yang lain. Bukannya yang disekat dan dihadkan naskah nya. Dan bukan yang boleh diedarkan hanya 2 minggu sekali.

Hari ini susulan daripada berita semalam di Malaysiakini,

Usaha membuka ruang lebih luas kebebasan akhbar tidak akan membawa erti jika kerajaan masih lagi mengekalkan akta-akta yang menghalangnya seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC), kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Kelulusan permit penerbitan Suara Keadilan dan janji kerajaan untuk menghormati kebebasan akhbar tidak bermakna apa-apa selagi undang-undang yang menyekatnya, khususnya APMC masih lagi dikekalkan," kata penyelarasnya John Liu, mengulas kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam.

Dalam wawancaranya dengan akhbar The Sunday Star semalam, Syed Hamid Albar bercadang melonggarkan syarat-syarat permit penerbitan akhbar yang kini wajib diperbaharui setiap tahun.

Dengan cadangan baru itu, penerbit akhbar hanya perlu memohon lesen sekali sahaja dan permit yang diberikan bawah APMC tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti amalan kini.

Syed Hamid berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet tidak lama lagi.


Sebelum ni Lidah rasmi KeADILan mula diterbitkan sejak Jun 2005 dengan dua minggu sekali.

Permohonan permit telah pun dikemukakan kepada KDN ketika itu namun tidak mendapat sebarang jawapan selama tiga tahun.

Berpuluh-puluh surat pertanyaan telah dihantar ke KDN dan satu memorandum telah diserahkan kepada Suhakam, namun masih terdapat ramai pengedar diintimidasi dan beribu-ribu nashkah Suara Keadilan dirampas oleh KDN kerana status permit yang tidak jelas selama ini...

Kalau akhbar untuk Pakatan rakyat kita dah dapat, jangan lupa untuk pohon pula permit untuk stesen TV sendiri untuk Pakatan Rakyat. Sebab rakyat dah bosan sangat dengan berita putar alam dan mengampu. Baik dicepatkan tv alternatifnya.



Saturday, April 19, 2008

TV3 Terus Beraksi- Kini Jadi hero Melayu

TV3 terus beraksi lagi. Kalau sebelum pilihanraya dahulu mereka menjadi jaguh madium kempen Barisan nasional yang akhirnya membawa kekalahan kepada BN, kini mereka kononnya menjadi medium penyatuan kaum melayu. Nampaknya TV3 akan termaktub di dalam sejarah sebagai satu media yang berjuang bersungguh2 untuk membela nasib kaum Melayu.

Hakikatnya, sungguhkah begitu? Benarkah mereka begitu prihatin kepada nasib melayu? Benarkah mereka begitu bimbang dengan hala tuju orang melayu di Malaysia ni? Saya pasti semua pun tahu bahawa jawapannya 'tidak'. Kalau mereka benar-benar bersungguh nak bela nasib melayu, sepatutnya mereka akan dedahkan segala kecurangan yang dilakukan oleh para pemimpin. Keran kecurangan2 inilah yang akan membinasakan nasib melayu. Kecurian2 inilah yang membuatkan orang melayu kekal hidup dalam kemiskinan.

Tapi itu tidak berlaku. Mereka hanya menjadi pak turut dan kaki bodek pemerintah. Pabila musim pilihanraya, mereka jadi tukang kempen. Bila ada akta baru atau undang2 baru diperkenalkan, mereka jadi kaki puji. Mereka jadi kaki bodek. Mereka jadi kaki ampu. Bila ada UMNO kalah pilihanraya, mereka jadi pelakon kononnya umno, pas dan pkr harus duduk semeja untuk berunding. Sedangkan, bila Pakatan Rakyat baru nak memerintah, mereka membuat onar dan menyebar banyak berita yang karut marut dan bertujuan jahat nak menjatuhkan kerajaan baru.

TV3, cara anda bekerja ini bukannya membantu negara dan rakyat tapi anda hanya membantu Barisan nasional. Kepada para pembaca berita, kami dah naik malu tengok muka anda yang tersenyum2 setiap kali menceritakan kebaikan2 para pemimpin BN. Kemudian seminit kemudian anda mengutuk dan mengeji pemimpin pembangkang. Memalukan.

Tak sabar nak tengok apa akan jadi kepada tv3 selepas kerajaan pusat bertukar tangan nanti. Adakah masih kekal orang yang sama, ataupun diganti dengan orang yang baru.

http://Antitv3.blogspot.com

Sunday, March 30, 2008

Keputusan PRU-12 bukti rakyat tolak laporan berat sebelah media arus perdana

aKeputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat telah menolak kerajaan BN dan ia sekaligus membuktikan kegagalan media arus perdana memberi laporan yang seimbang kepada semua pihak yang bertanding.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Eksekutif Centre For Independent Journalisme (CIJ) V Gayathry dalam sidang media di pejabatnya dekat Jalan Pahang semalam.

Menurut beliau, keputusan pilihan raya itu adalah satu indikasi yang kuat menunjukan kegagalan media untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'.

Kegagalan tersebut dibuktikan berdasarkan kajian yang dijalankan CIJ sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya lalu menunjukkan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan liputan pro-BN sehingga mencecah 93 peratus.

Katanya, secara keseluruhan enam akhbar yang dipantaunya semuanya akhbar arus perdana yang telah memihak kepada BN.

"Begitu juga kita lihat akhbar-akhbar Tamil turut menyebelahi BN tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai banyak berita dan ruang yang besar untuk pembangkang misalnya analisis tentang kekuatan pembangkang,"katanya.

Tambahnya, akhbar berbahasa Inggeris seperti NST dan The Star adalah tertinggi menyiarkan banyak isu yang memberi kelebihan kepada BN.

"Semua news yang disiarkan adalah pro kepada BN cuma ada satu sahaja berita Anwar Ibrahim tetapi di sekelilingnya ada berita yang mengutuk Anwar semula," katanya.

Sementara itu, Gayathry turut mencadangkan kepada lima negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang menegaskan pendirian mereka untuk menggunakan saluran RTM negeri bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan rakyatnya.

Tegasnya, perubahan politik pada hari ini memberi peluang misalnya kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang boleh membuat tuntutan termasuk perundangan untuk menggalakkan membuat akhbar mereka sendiri sama ada akhbar negeri.

"Kita sedang mengkaji bagaimana Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPA) di diabaikan oleh pihak kerajaan negeri. Bolehkah kita dapatkan individu untuk memulakan akhbar tanpa dapat apa-apa lesen sebagai mana akhbar lain yang perlukan," katanya.

Justeru, tidak cukup jika Lim Guang Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diletak muka hadapan akhbar arus perdana, apa yang penting bagaimana media sekarang harus melaporkan apa sebenarnya yang berlaku, katanya.

Salmiyah Harun

Saturday, March 29, 2008

Nak muntah!

Malas nak buat posting panjang2 kali ni.
Just nak bagitau, aku dah nak muntah dengan berita TV3!
Uweeeeeekkkkk!!!!

PAS sokong cadangan lima negeri boikot Utusan, TV3

(Harakah) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Bahkan katanya, cadangan itu perlu dibuat secara serius kerana laporan-laporan media tersebut terlalu teruk.

Dakwanya, laporan media yang berat sebelah dan tidak memberi laporan yang tepat mempunyai agenda yang jahat untuk menimbulkan kekacauan kepada kerajaan-kerajaan negeri barisan pembangkang adalah untuk menimbul kekacauan di kalangan rakyat.

"Saya tahu media negara kita tidak berperanan sebagai media untuk memberi laporan yang betul dan tepat seterusnya mendidik masyarakat dalam negara kita.

"Sebaliknya mereka memberi laporan-laporan yang dimanipulasi untuk mencetuskan suasana yang tidak harmoni di kalangan kehidupan rakyat di negara kita khususnya negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang," katanya yang dihubungi Harakahdaily semalam.

Justeru itu, katanya, pertimbangan itu wajar kerana dalam suasana sekarang pemboikotan akan berhasil dan berjaya jika betul-betul dilaksanakan.

Dalam blog Anwar baru-baru ini, beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihan raya umum belum selesai

Malah katanya, media milik Umno terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.

Kata Anwar, mereka meniupkan sentimen kaum dan mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihan raya dan krisis Terengganu.

"Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," Anwar dipetik.

Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mereka harus menentukan media mana yang sepatutnya perlu diboikot.

Oleh itu katanya perlu ada perbincangan di kalangan parti pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau menegaskan di belakang Barisan Alternatif (BA) mempunyai 49 peratus pengundi yang mengundi pembangkang di seluruh negara.

"Jadi mereka jangan anggap kita seperti dulu. Jika kita menggerakkan usaha ini saya percaya kesan buruk akan dihadapi oleh pihak media dan saya memberi amaran jangan sampai ke peringkat kami bertindak," tegasnya.

Oleh sebeb itu katanya, mereka masih ada ruang dan masa untuk memohon maaf di atas laporan pembohongan media berkenaan dan sebagai media yang beretika mereka perlu berbuat demikian.

Sementara itu, Pengurus Koporat Fomca, Mohd Yusuf Rahman berpandangan BA serta penyokong-penyokongnya mempunyai hak untuk memboikot media berkenaan berdasarkan siaran dan laporan yang dibuat akhbar Utusan Malaysia dan TV3 tidak memihak kepada mereka.

Cuma katanya, jika dilakukan pengguna biasa agak sukar sikit.

Ini kerana katanya, maklumat yang dikeluarkan sama ada TV3 atau Utusan Malaysia banyak yang perlu diketahui para pengguna.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui di Pejabat Iklan Harakah, dekat sini, hari ini berkata, BA tidak perlu memberi sebarang amaran.

"Saya rasa kalau mereka merasakan bahawa TV3 dan Utusan memang berat sebelah mereka boleh terus memboikot,"katanya.

Tambahan pula katanya, BA sudah lama menghadapinya.

"Sekarang ini mereka boleh mengambil dua pendekatan iaitu pendekatan yang agak radikal di mana tanpa memberi amaran untuk terus boikot dan langkah kedua di segi diplomasi maksudnya memberi amaran dulu bagi tempoh tertentu.

"Umpamanya sekiranya gagal memberi laporan yang tak seimbang mereka boleh menjalankan kempen boikot,"jelasnya.

Katanya, ini kerana boikot boleh mendatangkan kesan besar contohnya sebagaimana dilaporkan Audit Bureau of Circulation (ABC) bahawa apabila berlaku sesuatu kes sesebuah media itu boleh jatuh.

Malah katanya, masyarakat hari ini boleh beralih kepada media alternatif termasuk melalui internet.

Namun katanya, adalah lebih baik BA memberi pilihan media lain dahulu kepada rakyat sebelum memboikot sesebuah media.

"Sebab apabila semua media terlibat pengguna tidak ada pilihan dan ini menyebabkan boikot itu gagal.

"Contoh tindakan Persatuan Pengguna memboikot ayam suatu ketika dulu, ia tidak berjaya kerana harga ikan pun mahal dan kita pun tidak ada alternatif lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap, pengamal media perlu seimbang sama sama ada versi kerajaan atau pembangkang.

"Masyarakat sekarang ingin satu perubahan dan mereka juga berharap bahawa liputan berita perlu seimbang. "Kita khuatir jika liputan tidak seimbang pengguna sendiri memboikotnya walaupun tanpa adanya kempen memboikot media," katanya lagi.

Pulaukan Utusan Malaysia dan TV3?

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan PRU belum selesai. Malah media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP. Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu.

Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Monday, March 24, 2008

TV3 'Dajal Eletronik No.1 Negara'

a
Itulah gelaran yang patut diberi kepada TV3 pada masa ini. Mereka bertindak seperti 'dajal' yang suka mencari publisiti murahan untuk melaga-lagakan rakyat di negara ini.

Saya sempat menonton mengenai isu tiket percuma untuk perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perak malam ini. Pihak TV3 sengaja mencari isu murahan dengan menyatakan pemberian tiket percuma itu telah menyusahkan rakyat.

Rujuk: Buletin Utama(20:00)

Kita perlu faham dan rasional dalam perkara ini iaitu kapasiti stadium yang hanya boleh menampung 30 ribu sahaja, maka sudah tentu ia tidak dapat menampung ratusan ribu penonton.


Saya rasa penonton yang ada akal tidak menghadapi masalah. Pertama mereka perlu datang awal. Kedua jika tidak dapat tiket percuma mereka kena fahami kerana stadium Darul Aman hanya boleh memuat 30 ribu penonton sahaja.


Sebenarnya mereka datang beramai-ramai hanya untuk berseronok untuk menyambut kemenangan kerajaan BA baru-baru ini. Ini seperti mereka tunjukan dalam sambutan Maulidul Rasul di Stadium Sultan Abd Halim baru-baru ini. Hampir 100 ribu orang datang walhal stadium itu hanya boleh memuatkan berapa ribu sahaja.


Rakyat Negeri Kedah bijak dan cerdik. Lihatlah macam 'su-kj' ini? Cuma yang 'Bodoh Beruk' hanya TV3 sahaja. Lihatlah rakyat negeri mana yang mendapat 21A dalam SPM 2007 baru-baru ini? Dari Perlis ka...dari Johor ka...dari Pahang ka....dari Melaka dan Negeri Sembilan ka?


Kemudian 'Dajal eletronik'(TV3) ini juga cuba memutar belitkan mengenai isu kemungkinan Bina Darul Aman Bhd(BDB) akan kehilangan nilai kontrak di Qatar berjumlah RM500 juta?


Untuk pengetahuan rakyat Malaysia semua, pembatalan kontrak itu lebih baik daripada diteruskan kerana ia bukan memberi faedah kepada seluruh rakyat negeri tetapi hanya untuk kroni-kroni yang tertentu sahaja.


Cukuplah, berhentilah dan cubalah serik dengan kerja 'dajal' anda selama ini. TV3 juga adalah antara faktor yang menyumbang kekalahan teruk BN baru-baru ini.


Jadi bila lagi anda mahu insaf?


'Rakyat Jujur....Pemimpin Jujur....Kerajaan Jujur'



Saad Jaafar @ su-kj

24 Mac 2008
"