Masukkan Emel Jika Anda Benci Media Penipu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Verification Email

Emel pengesahan akan dihantarkan ke emel anda selepas anda memasukkan nama di atas. Sila klik link pengesahan tersebut untuk mengaktifkan emel anda.

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Wednesday, April 2, 2008

Mufti Perlis tegur TV3

Bashir Ishak
Wed | Apr 02, 08 | 10:55:56 am MYT


KANGAR, 2 April (Hrkh) - Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran mutakhir ini, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru media sama ada TV, internet atau akhbar supaya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, beliau mahu berita yang disampaikan itu benar walaupun mengenai pihak yang berbeza aliran.

"Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," katanya dalam surat yang dihantar kepada stesen televisyen swasta, TV3.

Menurutnya lagi, Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara.

"Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka.

"Firman Allah (maksudnya), Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan," jelasnya memetik Surah al-Maidah ayat 8.

Selain itu katanya lagi, rakyat yang matang akan membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih.

"Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.

"Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum," katanya lagi.

Kenyataan rasmi beliau yang bertarikh 27 Mac 2008 itu bertajuk "Keperluan Berita Yang Sahih Lagi Bersih Dari Sebarang Provokasi" dialamatkan kepada Penerbit Buletin Utama TV3. - mns

No comments: