Masukkan Emel Jika Anda Benci Media Penipu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Verification Email

Emel pengesahan akan dihantarkan ke emel anda selepas anda memasukkan nama di atas. Sila klik link pengesahan tersebut untuk mengaktifkan emel anda.

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Tuesday, February 17, 2009

Cuba teka, siapakah saya?


Ada seekor katak yg terkenal. Dia amat handal melompat dan amat pandai berkata-kata. Jika dia berkata-kata di hadapan hadirin, semua akan terpesona mendengar kata-katanya yang bersemangat dan berbunga-bunga.

Dahulunya, katak ini tinggal di sebuah kampung yang besar. Kampung itu mempunyai penduduk yang paling ramai di daerah tersebut. Ketua kampung itu sudah lama berkuasa. Dialah yang paling digeruni. Akibat daya kepimpinannya yang tinggi, tiada yang berani menentangnya melainkan pemimpin daripada kampung-kampung lain. Namun, kampung itu masih tetap bertahan dan kuat.

Apatah lagi ketua kampung itu mempunyai seorang timbalan yang amat juga kuat daya kepimpinannya. Semua orang kagum kepadanya. Bila dia berbicara, semua terpesona. Antara semua orang, katak tadi adalah salah seorang daripadanya. Katak itu amat gembira apabila dipilih menjadi pembantu dan orang rapat kepada timbalan ketua kampung tadi.

Bertahun-tahun si katak itu menjadi pembantu yang setia kepada ketuanya iaitu timbalan ketua kampung tersebut. Banyak yang dipelajari daripada ketuanya. Bahkan gaya berbicara pun ditiru daripada ketua yang disanjunginya itu. Baginya, ketuanya itulah gurunya dan dia akan mempertahankannya.

Entah apalah malangnya, tatkala kampung mereka sedang bersama-sama menikmati keamanan dan kemakmuran, tiba-tiba sang ketua kampung mengamuk. Timbalannya dipecat dan para pembantunya dibuang kampung. Timbalan ketua kampung tersebut ternyata bukan calang-calang tokoh. Dalam masa yang singkat, ratusan ribu penduduk berkumpul menyatakan sokongan. Si ketua kampung digesa turun dari jawatan.

Dengar-dengarnya, ketua kampung itu takutkan pengaruh timbalannya yang semakin kuat. Itulah sebabnya dia terpaksa memecatnya. Apa lagi, huru-hara jadinya kampung tersebut dan kampung-kampung sekeliling pun turut serta. Mereka memberikan sokongan kepada timbalan yang dipecat tadi kerana mereka sedar bahawa timbalan tersebut baik wataknya. Mereka yakin dia hanyalah mangsa.

Pada ketika inilah si katak yang baru setahun jagung tadi berjuang mempertahankan ketuanya. Dia tidak mengenal letih dan jemu ke sana ke mari mengumpul dan menggerakkan tenaga untuk menumbangkan ketua kampung yang kejam itu.

Tanpa disangka-sangka, si ketua kampung telah bertindak nekad. Bekas timbalannya ditangkap dan dihumban masuk ke dalam penjara. Merengkoklah bekas timbalannya di situ diseksa dan dizalimi bertahun-tahun lamanya....

Setelah pemerintahan si ketua kampung berakhir, bekas timbalan ketua kampung tersebut bebas kerana mahkamah kampung tersebut tidak lagi terpaksa membuat keputusan atas tekanan ketua kampung tadi. Kini, bekas timbalan itu keluar sebagai hero.

Si katak tadi sangat gembira. Dia seperti biasa terus menyokong bosnya itu. Mereka bergerak daripada kampung sebelah. Mereka juga bersama-sama membuka kampung baru yang rapat dan baik dengan kampung-kampung musuh kepada kampung lama mereka.

Bertahun mereka berusaha bersama-sama. Entah sekali lagi apakah puncanya, si katak itu telah merajuk dan keluar daripada kampung tersebut. Dia berkelana ke dalam hutan dan membawa bersama beberapa pengikutnya dalam jumlah yang kecil. Dia kemudiannya menyepi seketika.

Suatu hari, ketika para penduduk kampung baru tersebut sedang menonton tv, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat wajah si katak tadi berdiri sambil senyum-senyum sumbing bersama-sama dengan ketua dan timbalan ketua kampung lama mereka. Rupa-rupanya si katak ini secara senyap-senyap telah memohon untuk kembali ke situ semula. Entah apakah sebabnya...mungkin sebab katak ini mempunyai kegemaran untuk melompat. Semua penduduk hairan dan bertanya, habis tu bagaimana dengan segala tohmahan dan tuduhan katak tadi terhadap pemimpin2 kampung lama tu? Dah lupa ke? Tapi katak tu tak peduli. Mungkin juga dah buat-buat lupa.

Kini, hari ini...katak itu tidak lagi mendapat liputan oleh media. Ada juga dia muncul beberapa kali pada setiap malam di kaca tv. Tapi tu pun hanya apabila khidmatnya mahu digunakan. Yalah, khidmatnya yang paling utama adalah pada ketika mereka perlu memilih wakil rakyat baru ke parlimen ataupun DUN. Pada waktu itu, dia akan menebalkan muka dan muncul di kaca tv untuk melondehkan segala rahsia bos lamanya. Apa sahaja yang dia tahu, dia akan gunakan. Hakikatnya, dia pun sedang dipergunakan.

Katak ini gemar bersumpah dan mencabar. Umpama dah jadi 'trademark' beliau. Kini si katak ini tidak mendapat sebarang publisiti.

Tapi jangan bimbang, dalam 2 ataupun 3 pilihanraya dalam masa terdekat ini...dia akan kembali lagi! Nantikan kehadirannya di kaca TV anda. Tiket percuma!

Mari kita tunggu, apakah agaknya rahsia yang mahu dibongkar lagi oleh sang katak ini pada kali ini. Season terbaru ini mungkin lebih mensaspenkan dan menghiburkan. Katak datang lagi!



http://antitv3.blogspot.com

1 comment:

Asrul Budi said...

Katak nie nama dia Ezam... Orang panggil Gelaran Raja Sesumpah.. Dia nie memang muka tak tau malu,,, Kononnya berjuang membanteras rasuah... Kini sekian lama dia menyepi, dia akan kembali di beberapa lokasi.. Nantikan kemunculan Raja Sesumpah ini.........