Masukkan Emel Jika Anda Benci Media Penipu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Verification Email

Emel pengesahan akan dihantarkan ke emel anda selepas anda memasukkan nama di atas. Sila klik link pengesahan tersebut untuk mengaktifkan emel anda.

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Jom Boikot Utusan Meloya dan TV3 Suku

Thursday, February 12, 2009

Najib dan Sarawak, erm...dah dekat ke?


Ketua Menteri Sarawak yg dah berkuasa hampir 3 dekad


Kawasan Parlimen di Sarawak

10 Mac ni Menteri Kewangan kita, Datuk Seri Najib akan bentangkan bajet mini di dewan rakyat. Nampak memang normal sebab sekarang ni pun tengah krisis ekonomi. US pn buat benda yang sama. Cuma ada speselnya bajet mini kita ni.

Bajet ni juga akan memperuntukkan khas untuk Sarawak yang terjejas teruk sebab banjir baru-baru ni. Soal tu saya setuju dong. Memang wajib kerajaan tolong rakyat yang kesusahan.

---------------------------------------------------------------------------

"Kerajaan persekutuan akan menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh banjir baru-baru ini. Kita telah menyatakan komitmen. Bagi mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir akan menerima RM300 manakala mereka yang tidak tinggal di pusat pemindahan dan tinggal di rumah saudara mara juga akan menerima RM300.

"Kita akan mengagihkan dana berkenaan sebaik sahaja senarai penerima disediakan kepada kita. Bagi para petani, yang hasil tanaman mereka musnah oleh banjir juga akan menerima bantuan. Kadar berkenaan akan diputuskan oleh kerajaan negeri," kata Najib kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional Sarawak (BN) di sini hari ini.

---------------------------------------------------------------------------

Cuma sama-samalah kita tengok lepas ni kat TV3 tentang Sarawak. Krew2 tv3 akan mula masuk ke sarawak. Ambil gambar pembangunan sana-sini, ambil gambar kampung2 yg maju dan temuramah pakcik dan makcik kampung2 sana yang semuanya 'gembira & sokong' sangat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Pembaca berita tv3 tu akan senyum2 kambing waktu diorang baca berita tu menandakan yang diorg tengah baca berita yang menarik dan menghiburkan hati diorang. Konon nak tinggalkan kesan psikologi yang baik tapi lebih kepada menyakitkan hati. Kan bagus buat macam pembaca berita Astro Awani tu je. Buat rilek je. Nampak lebih profesional. Taklah nampak macam kerang busuk macam kaki-kaki ampu tu.

Apapun, ni adalah episod permulaan. Akan datang akan berlambak-lambak lagi kisah pasal Sarawak. Pasal Sabah? Alah...lupakan dulu, sebab diorang pun baru je pilihanraya negeri hari tu. Sarawak kan nak pilihanraya negeri dalam masa terdekat?

Sebagai rakyat, terima kasih pak Najib kerana prihatin.


3 comments:

Asrul Budi said...

biasa la... Gula-gula politik BN nie takkan habis selagi si Najib altantuya tu berkuasa.. Pas nie bleh la TV3 suku tu buat liputan penuh kat sarawak,,, Pastu berkoyan² ucapan puak² umno mengucapkan terima kasih pada BN,,,

Anonymous said...

Betul, setuju. Lps ni sure s'wak jd topik utama tiap malam kt tv3 suku. kalo xnak muntah, tgok channel 501 je bg yg ada astro.

Bg yg xder astro, xpyh tgok buletin utama nnt muntah.

Anonymous said...

Saya bangga jadi rakyat sarawak dan tidak merasa malu kalu org semenanjung kata sarawak tidak maju. Sarawak negeri besar sedangkan negeri2 di semenanjung kecil dan ada sudah jadi negeri maju ada sesetengah tempat jalan pun tiada, air paip pun tiada itu lagi memalukan.